Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Planet Seakan Bumi Ditemui!! -Gliese 581-


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: Apr 27, 2007
Planet Seakan Bumi Ditemui!! -Gliese 581-
Permalink   


 

2001051493252094318_rs.jpg

WASHINGTON 25 April Masih banyak lagi persoalan dan misteri perlu dijawab berhubung penemuan sebuah lagi planet yang menyerupai bumi di luar sistem solar dikenali sebagai planet super bumi.

Planet baru itu, diberi kod nama Gliese 581, ditemui buat pertama kali oleh sekumpulan ahli astronomi Eropah dan mempunyai suhu sederhana yang boleh menampung air dan menyokong kehidupan.

Bagaimanapun, ahli-ahli astronomi itu memberi amaran dalam sepucuk surat kepada editor jurnal Astronomy and Astrophysics bahawa masih banyak lagi perkara belum diketahui tentang planet itu.

Malah, menurut mereka, planet baru itu mungkin ditidak sesuai untuk kehidupan apabila lebih banyak lagi maklumat diketahui tentangnya.

Penemuan planet ini merupakan satu langkah penting dalam usaha mencari kehidupan di universe, kata ahli astronomi Michael Mayor dari Unviersiti Geneva.

Ia satu penemuan yang baik tetapi banyak lagi persoalan yang perlu dijawab, kata Mayor, yang merupakan salah seorang daripada 11 ahli sains Eropah yang menemui Gliese 581.

Ahli-ahli sains menyebut tentang persekitaran yang sesuai didiami manusia seperti yang terdapat di planet Marikh: saiz yang lebih kurang sama seperti saiz bumi dengan suhu yang membenarkan kewujudan air dalam bentuk cecair.

Penemuan planet baru ini amat penting, kata pakar astrobiologi NASA, Chris McKay yang bukan sebahagian daripada ahli-ahli astronomi yang menemui planet itu.

Penemuan ini tidak bermakna ada kehidupan di sana tetapi ia bermakna, ada sebuah planet seperti bumi yang mungkin sesuai untuk kehidupan, katanya.

Penemuan Gliese 581 dijangka memperhebatkan kajian ke atas planet-planet yang bergerak mengelilingi bintang-bintang yang mengeluarkan cahaya pudar.

Kira-kira 80 peratus daripada bintang dekat bumi adalah terdiri daripada bintang merah kerdil yang dikenali sebagai Gliese 581.

Ahli-ahli astronomi Eropah tidak pasti sama ada planet baru itu berbatu seperti bumi atau pun terdiri daripada bebola ais beku dengan air dalam bentuk cecair di permukaannya.

Berdasarkan teori itu, Gliese 581 seharusnya mempunyai udara, tetapi komponennya masih menjadi satu misteri.

Jika udara itu terlalu tebal, ia boleh menyebabkan suhu di permukaannya terlalu panas, kata Mayor.

Sehingga sekarang, kesemua 220 planet yang ditemui di luar sistem solar mempunyai masalah Goldilock iaitu terlalu panas, terlalu sejuk atau terlalu besar dan mengandungi gas-gas seperti yang terdapat di planet Musytari yang sama sekali tidak sesuai didiami manusia.


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard