Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bahtera Nabi Nuh a.s.


PIBG

Status: Offline
Posts: 1
Date: Nov 6, 2020
RE: Bahtera Nabi Nuh a.s.
Permalink   


Setiap orang yang pernah berjudi tahu bahwa banyak kasino online dapat menipu. Jadi saya memilih hanya yang diverifikasi situs https://cdc88.id/ . Di sini saya selalu percaya diri dalam kemungkinan pembayaran. Menyarankan Anda untuk memastikan bahwa kasino ini jujur secara pribadi.

 


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 101
Date: May 26, 2007
Permalink   

Hai semua, kali ini Haziq akan cerita tentang Nabi Nuh a.s. dengan bahtera ciptaannya.

 (Petikan Surah Nuh 71:1-24 & Surah Hud 11: 37-38)
 Kemudian, tercurahlah dari langit dan memancutlah dari bumi air yang deras dan dahsyat. Dalam sekelip mata, banjir besar melanda seluruh kota dan desa.Tidak ada daratan yang rendah atau puncak bukit tinggi yang selamat untuk berlindung daripada air bah yang dahsyat itu kecuali di atas bahtera Nabi Nuh a.s..

Beratus-ratus tahun setelah wafatnya Nabi Adam a.s. dan Nabi Idris a.s., umat manusia telah jauh terpesong dari jalan keimanan. Mereka terjerumus ke dalam kejahilan, kerana terlalu mengagung-agungkan jasa lima orang nenek-moyang mereka, iaitu: Wad, Suwa', Yaghuth, Ya'uq, dan Nasr. Mereka berasa tidak cukup
mengenangnya dengan sekadar puji-pujian sahaja. Justeru itu, mereka telah
membina patung-patung batu yang serupa dengan wajah kelima-lima nenek- moyang tersebut.

     Iblis memanfaatkan kejahilan itu dengan menipu generasi-generasi yang terkemudian. Cerita-cerita tentang kesalihan nenek-moyang itu ditokok-tambah. Lama-kelamaan generasi baru itu menyangka bahawa nenek-moyang mereka adalah makhluk suci keturunan tuhan. Akhirnya, mereka pun menyembah patung-patung tersebut.

  Dalam zaman kegelapan seperti itu, Allah SWT telah mengutuskan Nabi Nuh a.s. untuk menyeru kaum yang sesat itu. Nabi Nuh a.s. berdakwah siang dan malam
selama beratus-ratus tahun. Nabi Nuh a.s menyeru kaumnya agar menyembah Allah SWT dan berhenti menyembah patung-patung berhala yang tidak mendatangkan sebarang manfaat. Tetapi, setelah sekian lama berdakwah hanya beberapa orang sahaja yang beriman. mereka itu terdiri daripada kalangan rakyat jelata yang miskin. Manakala golongan kaya dan berharta pula lebih suka mempersendakan dakwah nabi Nuh a.s.. Mereka mencabar Nabi Nuh a.s. memohon agar Allah SWT menurunkan azab-Nya ke atas mereka. Nabi Nuh a.s. pun berdoa kepada Allah SWT agar menurunkan azab-Nya ke atas kaum yang jahil dan zalim itu.

   Allah SWT mengabulkan doa Nabi Nuh a.s. itu dan memerintahkan Nabi Nuh a.s. membina sebuah bahtera. tanpa membyuang masa, Nabi Nuh a.s. bersama para pengikutnya mula membina sebuah bahtera di tempat yang agak jauh dari kota, supaya mereka dapat bekerja dengan tenang tanpa ejekan kaumnya. Namun, kaum Nabi Nuh a.s. tetap mengejek Nabi Nuh a.s. sebagai orang yang gila kerana membina bahtera di kawasan tinggi yang jauh dari sungai dan laut.

   Maka, pada hari yang dijanjikan, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh a.s. supaya membawa orang-orang yang beriman naik ke atas bahtera bersama sepasang daripada setiap jenis haiwan. Tidak lama selepas itu, dengan kehendak Allah SWT tercurahlah dari langit dan memancutlah dari bumi air yang deras dan
dahsyat. Dalam sekelip mata, banjir besar melanda seluru8h kota dan desa. Tidak ada daratan yang rendah atau puncak bukit tinggi yang selamat untuk berlindung daripada air bah yang dahsyat itu, kecuali di atas bahtera Nabi Nuh a.s..

    Dalam keadaan seperti itu, Nabi Nuh a.s. melihat anaknya sedang berusaha mendaki sebuah bukit untuk menyelamatkan diri daripada banjir. Sebagai seorang ayah, Nabi Nuh a.s. memujuk anaknya agar beriman kepada Allah SWT dan naik ke atas bahtera bersama orang-orang yang beriman. Tetapi, anaknya itu enggan dan terus mendaki bukit untuk menyelamatkan diri. Taufan yang melanda ternyata lebih besar daripada apa yang dijangkakan oleh orang-orang kafir. Paras air meningkat dengan pantasnya mengelamkan pokok-pokok kayu, bukit-bukau dan gunung-ganang. Setinggi mana gunung yang mereka daki, air tetap mengejar mereka dari segenap penjuru. Akhirnya, semua orang-orang kafir mati lemas di dalam banjir besar itu kecuali Nabi Nuh a.s. bersama segelintir kaumnya
yang beriman.

INFO 
Setelah hujan berhenti, langit pun kembali cerah dan banjir besar mula surut. Bahtera Nabi Nuh a.s. tersadai di ats sebuah gunung yang bernama "Judi". Menurut sebahagian ahli tafsir, Gunung Judi terletak di antara negara Iraq dan negara Turki.

Itu sahaja. Jumpa lagi..

Nama: Haziq Haiqal bin Mohd Norsham. biggrin
Tahun: 4 Amanah smile


__________________

This is the life.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard