Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PERUTUSAN Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: May 27, 2007
PERUTUSAN Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Permalink   


PERUTUSAN Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sempena Perayaan Hari Guru 2007

PERUTUSAN Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sempena Perayaan Hari Guru 2007

Guru penjana modal insan gemilang

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya kita dapat bersama-sama menyambut Hari Guru tahun 2007 ini. Tanggal 16 Mei setiap tahun memang bermakna dan istimewa untuk para guru. Pada hari ini, seluruh negara meraikan golongan guru sebagai sanjungan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah banyak menabur budi dalam mendidik anak bangsa. Justeru, tema Hari Guru tahun ini iaitu Guru Penjana Modal Insan Gemilang, Terima kasih Cikgu amat tepat sekali. Ia mencerminkan hasrat murni Kerajaan untuk terus mengiktiraf golongan guru sebagai pembentuk generasi pelapis yang akan menerajui negara pada masa depan dan sebagai tanda penghargaan kepada sum***** profesion keguruan kepada pembangunan negara

Pendidikan adalah tunjang dan landasan pembangunan insan dan negara. Kejayaan membangunkan kedua-dua aspek ini amat bergantung kepada pendidikan yang diberikan. Pendidikan akan terus memainkan peranan penting untuk negara kita membangun, setanding dengan negara maju, bersaing di arena antarabangsa, mengharungi era globalisasi dan untuk menghasilkan modal insan berminda kelas pertama sebagaimana yang ditegaskan oleh Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Bagi mencapai hasrat di atas, kita harus mempastikan pendidikan sentiasa berkualiti, relevan dan diperkasakan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, adalah menjadi agenda penting Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Sistem berkenaan adalah satu sistem yang mampu membangunkan modal insan secara menyeluruh, iaitu tidak hanya tertumpu kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran sahaja, tetapi juga menekankan aspek nilai, moral, etika dan jati diri.

Oleh yang demikian, kurikukum yang merupakan aspek terpenting dan inti sistem pendidikan perlu sesuai dan memenuhi tahap perkem***** murid. Pada peringkat rendah, murid sewajarnya dapat menguasai 3M (iaitu membaca, menulis dan mengira) kerana ia adalah kemahiran asas dan keperluan untuk menguasai ilmu dan kemahiran peringkat tinggi. Dengan pengajaran yang berkesan, sikap dedikasi guru, bekalan pelbagai kemudahan, dan pelaksanaan pelbagai latihan serta program seperti pemulihan dan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis atau lebih dikenali sebagai Program KIA 2M, masalah tidak boleh membaca akan dapat dielakkan serta sekali gus mengurangkan kadar keciciran dan tahap pencapaian rendah.

Di peringkat menengah pula, banyak mata pelajaran baru diperkenalkan dan diluaskan penawarannya mengikut kesesuaian dan keperluan semasa dalam dan luar negara. Pendidikan bestari pula menawarkan persekitaran terbuka untuk pembelajaran. Murid diharapkan dapat berdikari, mempunyai kesedaran dan juga bertanggungjawab ke atas pembelajarannya sendiri. Oleh yang demikian, guru mesti peka dengan perkem***** dan keperluan mutakhir yang berlaku dalam sistem pendidikan kita. Mereka mestilah sentiasa berusaha melengkapkan dan meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran baru. Guru yang alpa dan tidak mengikuti perkem***** semasa dalam bidang pendidikan dikhuatiri akan menjadi tidak efisien dan tidak efektif dalam pengajaran.

Apabila membicarakan pendidikan, kita tidak dapat lari daripada membincangkan tentang pentaksiran dan penilaian. Sistem pentaksiran yang diamalkan sekarang lebih menjurus kepada assessment of learning, bukannya assessment for learning. Guru mentaksir murid hanya untuk mengukur pencapaian belajar dan tujuan penempatan, pemilihan dan penganugerahan sijil, sedangkan untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang, guru harus mengenal pasti potensi murid dan mengembangkan ia sepenuhnya. Dalam hal ini, pentaksiran berasaskan sekolah merupakan salah satu kaedah terbaik kerana guru adalah orang yang sentiasa berada di barisan hadapan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan lebih mengenali muridnya. Namun dalam melaksanakan kaedah pentaksiran ini, kejujuran dan sikap profesional guru amat diperlukan.

Penguasaan bahasa Inggeris juga adalah penting kerana ia bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu. Bahasa Inggeris telah diguna pakai di negara kita semenjak sebelum merdeka lagi dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, ekonomi, perhubungan, termasuklah pendidikan sendiri. Justeru, keperluan dan kepentingan bahasa Inggeris yang merentasi masa dan zaman (time and space) tidak dapat dinafikan. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran telah mengambil pelbagai langkah untuk memantap dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid. Pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau ringkasnya PPSMI, mulai tahun 2003 memerlukan guru yang bukan sahaja menguasai subjek dan kandungan mata-mata pelajaran tersebut malah memiliki kefasihan dan kompetensi mengajarnya dalam bahasa Inggeris.

Pengukuhan disiplin murid turut merupakan agenda penting Kementerian Pelajaran. Dengan adanya mata pelajaran Pendidikan Islam dan Program j-QAF, Pendidikan Moral, Siviks dan Kewarganegaraan serta gerakerja kokurikulum, Kementerian Pelajaran berharap sifat mulia dan keperibadian unggul dapat disemai dan diterap dalam kalangan murid. Untuk itu, nilai murni perlu dipupuk dalam konteks dan secara merentas mata pelajaran agar lebih bermakna kepada murid. Begitu juga dengan kesedaran tentang hak dan tanggungjawab murid dalam masyarakat dan negara, serta pentingnya semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa, dalam usaha menyuntik nilai murni kepada murid, guru perlu terlebih dahulu menjadi contoh pengamal dan pemelihara nilai-nilai tersebut. Ini adalah kerana tutur kata dan tindak tanduk guru menjadi perhatian dan rujukan murid, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, guru harus memiliki peribadi yang cemerlang dan menjadi teladan atau role model terbaik kepada anak didik dan masyarakatnya.

Guru sebagai ibu bapa kedua berperanan mencorak masa depan murid. Sikap proaktif, berdaya saing, bersemangat kental, berakhlak mulia dan ketrampilan diri perlu menjadi amalan dan budaya kerja. Hanya guru yang versatile dapat menghasilkan generasi murid yang berkualiti iaitu murid yang mampu mencipta kelainan, mampu memberi sum***** bermakna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta mampu menjadi modal insan yang gemilang.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia. Saya sudahi ucapan ini dengan lafaz Wabilahitaufiq walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard