Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Serangan Ancaman Internet – Di Manakah Kedudukan Kita?


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: May 27, 2007
Serangan Ancaman Internet – Di Manakah Kedudukan Kita?
Permalink   


infoit_jadual1.JPG

infoit_jadual2.JPG
Saban hari pengguna dibelenggu dengan masalah ancaman Internet baik ancaman yang telah wujud sekian lama atau variasi ancaman baru yang lebih canggih. Jika dahulu kita diganggu oleh ancaman yang meranapkan sistem komputer atau sekadar membuatkan kita rasa seperti hendak membuang komputer. Namun, penceroboh kini lebih maju dengan mencipta ancaman yang membuatkan data peribadi kita dicuri. Hal ini bukan sahaja berlaku di negara kita, malah di tempat-tempat lain seluruh dunia turut mengalami nasib yang sama.

Namun, dimanakah kedudukan kita di dalam perkara ini? Menurut laporan Ancaman Sekuriti Internet Volum XI yang dikeluarkan oleh Symantec baru-baru ini, Malaysia menduduki antara tangga ke-10 tertinggi dari segi serangan Spam, serangan Bot komputer, sasaran serangan DoS, serangan aktiviti berniat jahat (malicious), Spam Zombies, dan antara negara yang menghoskan laman web Phishing.

Bagaimanapun, tidak semua peratusan yang diperolehi menerusi laporan ini menunjukkan Malaysia di tahap kritikal dalam serangan ancaman kerana jika dibandingkan dengan negara-negara lain, kedudukan kita masih lagi rendah. Ini mungkin disebabkan oleh faktor bahawa pengguna di Malaysia mempunyai banyak pendedahan dan persediaan perlindungan terhadap ancaman.

Meninjau satu-persatu data yang dikeluarkan oleh Symantec, Malaysia menduduki tangga kelapan dengan peratusan sebanyak 2% bagi serangan DoS di rantau Asia Pasifik. Jumlah ini adalah sedikit berbanding negara yang mengalami serangan DoS paling banyak iaitu China dengan catatan 63% keseluruhan. Perkara ini mungkin disebabkan China mempunyai bilangan hos laman web terbesar dan pengguna Internet terbanyak di Asia Pasifik. Manakala Korea Selatan menduduki tangga kedua dengan 13% serangan DoS telah dikesan.

Dari segi serangan Bot pula, Malaysia merupakan negara keenam paling banyak diserang namun dengan peratusan yang kecil iaitu 1% sahaja. China masih lagi mempunyai serangan Bot terbesar iaitu 71% diikuti dengan Taiwan 11%. Bandaraya kelima tertinggi dalam serangan Bot komputer juga terletak di China iaitu Beijing (16%), Guangzhou (8%), Hangzhou (5%), Shanghai (4%) dan Ningbo (35%). Kuala Lumpur pula merupakan negeri keenam tertinggi dari segi komputer yang diserang Bots dengan peratusan 3%.

Serangan berniat jahat (malicious) juga tidak dapat dielakkan apabila kita berada di talian atau menggunakan Internet. Laporan ini turut mendapati China merupakan negara paling banyak mengalami serangan aktiviti berniat jahat dengan 39% serangan dikesan. Korea Selatan pula menduduki tangga kedua dengan 16% serangan, manakala Taiwan dan Jepun masing-masing 14% dan 13% aktiviti berniat jahat dikesan. Malaysia di dalam hal ini menduduki tangga ketujuh dengan 2% serangan sahaja.

Phishing pula bukanlah ancaman baru dan semakin lama semakin banyak penceroboh mencipta teknik serta cara untuk memanipulasi pengguna. Negara yang paling banyak menghoskan laman web Phishing adalah Jepun dengan menyumbang 21% kepada keseluruhan laman web Phishing di rantau ini. Ini adalah disebabkan Jepun merupakan negara kedua terbesar menghos web di Asia dan laman Phishing menerusi syarikat hos laman web kecil merupakan satu kelebihan bagi Phisher. Ini memberi galakkan kepada mereka untuk memulakan serangan dari Jepun. Phisher ini bagaimanapun tidak semestinya datang dari Jepun. Ini kerana Phisher banyak menggunakan komputer atau hos web syarikat lain untuk menjalankan Phishing. Justeru, ia boleh menjadi sesiapa jua di seluruh dunia menjalankan Phishing. Malaysia pula menduduki tangga ketujuh dengan menyumbang 3% hos laman Phishing di Asia Pasifik dan ke-19 seluruh dunia.

Sementara itu dari segi serangan Spam, Malaysia mempunyai bilangan peratusan yang agak membimbangkan jika merujuk kepada laporan berkenaan. Ia kerana sebanyak 84% Spam telah berjaya dikesan di Malaysia menjadikan negara kita antara kelima tertinggi dalam serangan Spam. Filipina menduduki tangga ke atas dengan 88% serangan, Vietnam (86%), Sri Lanka (86%) dan Laos (85%). Spam juga menyumbang 59% keseluruhan Emel di Internet seluruh dunia dan di rantau ini sahaja misalnya 69% Emel yang dipantau adalah Spam. Negeri yang mempunyai Zombie Spam tertinggi yang dikesan pula adalah Seoul, Korea dengan 14% daripada jumlah keseluruhan Asia Pasifik dan kedua di dunia selepas Madrid. Kuala Lumpur pula berada di tangga keenam dengan 3% Zombie Spam dikesan di negara ini.

*artikel di atas telah diedit untuk web - dapatkan Majalah PC untuk artikel penuh


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard