Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kemahiran Membaca
Baik tak artikel ini? [2 vote(s)]

ya
50.0%
tidak
50.0%


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: Aug 9, 2007
Kemahiran Membaca
Permalink   


Kemahiran Membaca



Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

1. Membaca secara BERHATI-HATI
  • Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca.
  • Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya.
  • Elakkan gangguan radio dan televisyen.
2. Membaca secara MENYELURUH
  • Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir.
  • Jangan angap bahagian pengenalan kurang penting.
  • Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3. Membaca secara BERULANG-ULANG
  • Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik.
  • Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam.
  • Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.
4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA
  • Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
  • Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
  • Udara sekitar mestilah mencukupi.
  • Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
5. Berasa dalam KEADAAN selesa
  • Duduk dengan betul
  • Pastikan kamu tidak demma, pening, selsema dan sebagainya
  • Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
6. Baca secara PERPERINGKAT
  • Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
  • Peringkat seterusnya : membaca isi untuk mendapatkan maklumat. Pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
  • Gunakan kaedah 1 husband 6 wives
HOW WHAT WHO WHEN WHERE WHICH WHY
  • Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.
8. CATATKAN isi yang dibaca
  • Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekaligus : membaca, mencatat dan mengingat.
  • Ketika mencatat kemu berfikir "Apakah yang perlu dicatat?" Ingatan kamu menjadi lebih tajam.


__________________
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard