Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dasar Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: Aug 22, 2007
Dasar Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks
Permalink   


Dasar Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks

Keterangan:
Dasar Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks

Maklumat dan Prosedur Borang
Pemberian pinjaman buku teks di bawah SPBT dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang diluluskan aleh Jawatankuasa Kabinet dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sarna ada ibu bapa atau penjaga itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT. Ibu bapa atau penjaga yang ingin mendapatkan bantuan buku teks di bawah SPBT perlu mengisi Borang Penentuan Kelayakan SPBT (Borang SPBT 1) yang diberi secara percuma melalui sekolah.
  1. Murid-murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan RM2,000.00 ke bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
  2. Murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan RM1,000.00 ke bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.       
  3. Murid-murid yang ibu bapa atau penjaga yang sah atau salah seorang daripada mereka yang sedang berkhidmat atau telah bersara daripada jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah layak untuk menerima bantuan pinjaman buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pelajaran Malaysia.
  4. Murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan seperti dalam jadual di bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks.

Pendapatan
Ibu Bapa / Penjaga
Kelayakan Mendapat
Pinjaman Buku Teks
i) RM700.00 dan ke bawahSemua anak yang bersekolah layak diberi pinjaman buku teks.
ii) RM701.00 hingga
RM800.00
Perbelanjaan membeli buku teks bagi seorang anak yang bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain diberi pinjaman buku teks.
iii) RM801.00 hingga
RM900.00
Perbelanjaan membeli buku teks bagi dua orang anak yang bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain diberi pinjaman buku teks.
iv) RM901.00 hingga RM1,000.00Perbelanjaan membeli buku teks bagi tiga orang anak yang bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain diberi pinjaman buku teks.
Bagi (ii), (iii) dan (iv), Kementerian Pelajaran akan memberi pinjaman buku teks kepada anak-anak di darjah atau tingkatan yang lebih tinggi. Ibu bapa atau penjaga hendaklah menanggung perbelanjaan membeli buku teks bagi seorang atau dua orang atau tiga orang di darjah atau tingkatan yang terendah.


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard