Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: LIGA BOLASEPAK JUNIOR BANGI (LBJB)
Anonymous

Date: Jan 6, 2009
RE: LIGA BOLASEPAK JUNIOR BANGI (LBJB)
Permalink   


Sessi LBJB 2009 akan bermula 10 Jan 2009; iaitu hari pendaftaran jam 8.30 am - 11.00am. Sessi 'trial' akan berlangsung pada hari Ahad (11 Jan 2009) jam 8.30 am - 10.00am.

Kedua-dua acara akan dijalankan di Sek Keb Sekysen 7, Bdr baru Bangi. Yuran adalah sebanyak RM170 seorang. Utk keterangan lanjut sila datang ke Hari Pendaftaran pada hari Sabtu ini.

__________________
Anonymous

Date: Dec 5, 2008
Permalink   

saya akan maklumkan bila mendapat persetujuan penganjur.

__________________
Anonymous

Date: Dec 4, 2008
Permalink   

Bila tarikh pendaftaran utk sesi tahun 2009?

__________________
Anonymous

Date: Mar 31, 2008
Permalink   

Anonymous ada apa-apa nak kata ke fasal LBJB.

__________________
Anonymous

Date: Mar 14, 2008
Permalink   

norrafi wrote:

Kepada semua warga SKS7, 

Anda berminat utk menyertai Liga Bolasepak Junior Bangi (LBJB) yang dianjurkan bersama oleh PIBG SKS7 & pihak sekolah. Mari beramai-ramai menyertainya bersama keluarga anda.

Siapa yg boleh menyertai ?
Kanak2 lelaki berusia 7 -12 thn dan bersekolah di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi. Tidak semestinya bersekolah di Sek Keb Seksyen 7.

Apa objektif program ?
- Melatih anda menjadi seorang insan yang berdisiplin, semangat jati diri yang tinggi, semangat berpasukan, cekal, tabah, sihat & cerdas.
- Mempelajari teknik2 bermain bolasepak yang betul

Bila & di mana saya boleh mendaftar ?
Hari Pendaftaran yang akan datang ialah 5 Jan 08, di Kantin SKS7.

Apa yang perlu saya bawa ?
Sila bawa salinan surat beranak dan yuran penyertaan sebanyak RM150. Pada 5 Jan 08, sessi penilaian akan dijalankan juga, sila datang dengan berpakaian sukan lengkap.

Perlukah ibubapa saya datang bersama ?
Ya, kerana kami ingin memastikan ibubapa anda sentiasa menyokong anda di sepanjang program ini.

Yuran penyertaan RM150 tu utk apa & kenapa mahal ?
Yuran ini merangkumi pembelian baju jersi, seluar sukan, stokin, bayaran latihan selama 5 bulan, pembelian pingat & piala serta hal-hal pentadbiran. Tak mahal. Ianya utk 5 bulan. Tiada bayaran tambahan akan dikenakan selepas ini. Jadi utk sebulan, kosnya cuma RM30. Kalau dibahagi dgn 6 hari latihan sebulan , baru RM5 sehari.

Siapa yang boleh saya hubungi ?
Utk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi En Razali (019-6655782), En Daniel (017-6065397) atau Pn Rafidah (012-2160473). Anda juga boleh mendaftar dgn mereka.

Bila latihan & perlawanan akan diadakan ?
Latihan akan dijalankan pada setiap hari Sabtu (8.30 am - 10.00 am) sementara perlawanan pula pada setiap hari Ahad (4.30pm - 6.30pm), bertempat di Padang Bola Sek Keb Seksyen 7, BB Bangi.

Bagaimana dgn kasut & bola?
Anda PERLU mempunyai bola latihan sendiri yang boleh dibeli dgn pihak penganjur. Untuk kasut, sekiranya anda mempunyai kasut bola adalah digalakkan tetapi anda BOLEH MENGGUNAKAN kasut sukan yang sedia ada. Tidak perlu beli baru.

Datanglah beramai-ramai ke Sek Keb Sek 7 pada 5 Jan 08 (hari Sabtu) untuk menyertai LBJB yang julung-julung kali diadakan. Beritahu ayah, ibu, adik , abang & kawan-kawan yang lain... Mari mari mari.







__________________
norrafi

Date: Jan 6, 2008
Permalink   

Kpd Cikgu Yusri,

Bagi pihak PIBG, terima kasih saya ucapkan kerana Cikgu membantu kami menghebahkan kepada warga SKS7 tentang program LBJB. Alhamdulillah, mendapat sambutan dan 41 pelajar telah mendaftar.

Diharap guru2 ko-kurikulum (sukan) terutamanya dpt juga terlibat demi menaikkan nama sekolah dan dpt usaha mempertingkatkan sahsiah diri murid terutamanya dari segi keyakinan diri.

Terima kasih juga kepada pihak ibubapa/penjaga yang memberi sokongan.



__________________


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: Dec 6, 2007
Permalink   

terima kasih atas info ini.. saya akan war-warkan di muka hadapan secepat mungkin. Kiriman tuan dihargai.

__________________


PIBG

Status: Offline
Posts: 7
Date: Dec 4, 2007
Permalink   

Kepada semua warga SKS7, 

Anda berminat utk menyertai Liga Bolasepak Junior Bangi (LBJB) yang dianjurkan bersama oleh PIBG SKS7 & pihak sekolah. Mari beramai-ramai menyertainya bersama keluarga anda.

Siapa yg boleh menyertai ?
Kanak2 lelaki berusia 7 -12 thn dan bersekolah di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi. Tidak semestinya bersekolah di Sek Keb Seksyen 7.

Apa objektif program ?
- Melatih anda menjadi seorang insan yang berdisiplin, semangat jati diri yang tinggi, semangat berpasukan, cekal, tabah, sihat & cerdas.
- Mempelajari teknik2 bermain bolasepak yang betul

Bila & di mana saya boleh mendaftar ?
Hari Pendaftaran yang akan datang ialah 5 Jan 08, di Kantin SKS7.

Apa yang perlu saya bawa ?
Sila bawa salinan surat beranak dan yuran penyertaan sebanyak RM150. Pada 5 Jan 08, sessi penilaian akan dijalankan juga, sila datang dengan berpakaian sukan lengkap.

Perlukah ibubapa saya datang bersama ?
Ya, kerana kami ingin memastikan ibubapa anda sentiasa menyokong anda di sepanjang program ini.

Yuran penyertaan RM150 tu utk apa & kenapa mahal ?
Yuran ini merangkumi pembelian baju jersi, seluar sukan, stokin, bayaran latihan selama 5 bulan, pembelian pingat & piala serta hal-hal pentadbiran. Tak mahal. Ianya utk 5 bulan. Tiada bayaran tambahan akan dikenakan selepas ini. Jadi utk sebulan, kosnya cuma RM30. Kalau dibahagi dgn 6 hari latihan sebulan , baru RM5 sehari.

Siapa yang boleh saya hubungi ?
Utk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi En Razali (019-6655782), En Daniel (017-6065397) atau Pn Rafidah (012-2160473). Anda juga boleh mendaftar dgn mereka.

Bila latihan & perlawanan akan diadakan ?
Latihan akan dijalankan pada setiap hari Sabtu (8.30 am - 10.00 am) sementara perlawanan pula pada setiap hari Ahad (4.30pm - 6.30pm), bertempat di Padang Bola Sek Keb Seksyen 7, BB Bangi.

Bagaimana dgn kasut & bola?
Anda PERLU mempunyai bola latihan sendiri yang boleh dibeli dgn pihak penganjur. Untuk kasut, sekiranya anda mempunyai kasut bola adalah digalakkan tetapi anda BOLEH MENGGUNAKAN kasut sukan yang sedia ada. Tidak perlu beli baru.

Datanglah beramai-ramai ke Sek Keb Sek 7 pada 5 Jan 08 (hari Sabtu) untuk menyertai LBJB yang julung-julung kali diadakan. Beritahu ayah, ibu, adik , abang & kawan-kawan yang lain... Mari mari mari.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard