Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Akhlak Muslim


PIBG

Status: Offline
Posts: 7
Date: Aug 5, 2008
Akhlak Muslim
Permalink   


AKHLAK MUSLIM

Sifat-Sifat Terpuji

i. Bertaubat etriya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat keranaingin membesarkan Allah s.w.t.  Orang yang bertaubat mersit memenuhi syarat-syarat yang berikutsebagai bukti kesungguhannya iaitu

·         Meninggalkan maksiat dengan kesedarannya

·         SunguhSungguh menyesal diatas perbuatannya yang salah itu atau yang telah terlanjur.

·         Berazam dengan bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi keterlanjurannya lagi

 

ii.    Khauf ertinya takutkan Allah.  Takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.

iii    Zuhud ertinya bersih dan suci hati dari berkehendakan lebih dari keperluannya serta tidak pula bergantung kepada makhluk lain.  Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah buat sementara waktu sahaja.

iv    Sabar ertinya tabah dan cekal dalam menghadapi sesuatu ujian dan dugaan yang mendukacitakan dariAllah.

v    Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehninya baik yang lahir mahupun yang batin semuanya dalah dari Allah.  Ia juga merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggugjawab kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya.

vi    Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaat serta semua perbuatan yang dilakukanitu semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.

vii    Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

viii    Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepada Allah serta bersungguh-sungguh dalam menjaga dirinya dari melakukan maksiat.

ix    Reda dengan Qada & Qadar ertinya merasa lapang dalam menerima ketentuan nasih yang telah ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat ataupun musibah

x    Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.

Sifat-Sifat Tercela

i.   Syarhul Tha'am ertinya gemar kepada makan ataupun makan dengan terlalu banyak.

ii.    Syarhul Kalam ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak memberi hasil ataumendatangkan sebarang faedah kepada dunia dan juga akhirat.

iii    Ghadhob ertinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku hanya kepadaperkara yang kecil

iv    Hasad ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahanmeleibihi dari dirinya.

v    Bukhl ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

vi.    Hubbul Jah ertinya cintakan kepada kemegahan dunia dan hatinya sentiasa berkehendakan kepada kemasyhuran.

vii    Hubbun Dunya ertinya cintakan kepada dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari mengerjakan ibadatdan berzikir kepada Allah.

viii    Kibr ertinya bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan serta kedudukan yangtinggi dari orang lain.

ix    Ujub ertinya merasakan dirinya telah banyak harta sehingga terlupa segalanya adalah nikmat yangdatangnya dari Allah.

x    Riya' ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya.  Ia beramal untuk mendapatkan pujian dansanjungan dari manusia bukan dari Allah. 

 




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard