1. Fungsi ujian daya tahan kardiovaskular bermula dengan terciptanya ergograph pada tahun 1894, oleh seorang ahli fisiologi Itali yang bernama Angelo Masso yang menguji kecekapan sistem pengaliran darah terhadap prestasi otot.
2. Pada tahun 1905, W.C Crampton membina satu ujian yang dapat menilai fungsi perubahan jantung dan tekanan darah ketika seseorang berubah pelbagai kedudukan badan.
3. Pada tahun 1920, pula Schnider berjaya menggunakan ujian kecergasan kardiovaskular ini untuk mengukur kecergasan kaum lelaki yang terlibat dalam perang dunia pertama.
4. Pada tahun 1925, Cambell pula telah mencipta satu ujian yang melibatkan pernafasan dan masa pemulihan selepas latihan. Ia dikenali sebagai "Campbell Pulse Ratio Test".
5. Pada tahun 1943, Brompa dan rakan mengemukakan satu ujian Menapak Harvard. Sehingga ke hari ini, ujian ini sangat popular digunakan untuk mengukur kadar denyutan jantung semasa dan selepas latihan.
6. Pada tahun 1976, American Alliance for Health, Phisical Education and Recreation (AAHPER) memperkenalkan AAHPER Youth Fitness Test menjalankan unjian mendagu, bangkit tubi, lari ulang alik dan beberapa latihan lain.
7. Pada tahun 1967, Kuruez telah memperkenalkan Ohio State University Step Test yang mengubah ujian menapak Harvard.
8. Pada tahun 1968, Dr Kenneth Cooper pula memperkenalkan larian 12 minit dan larian 1.5 batu atau 2.4 kilometer untuk menguji daya tahan dan kecergasan kardiovaskular.