saya setuju dengan pandangan cikgu yusri. kalau kita tak menjaga kebersihan sekolah kita sapa lagi yang nak jaga. nak harap pakcik makcik tukang sapu.... banyak lagi kerja yang mereka nak buat. sendiri buang sendiri kutiplah.
Cikgu lihat suasana pada hari kanak - kanak ini memang menarik. Terdapat persembahan dari setiap tahun dan juga di kalangan guru - guru. Cuma yang cikgu masih tidak berpuashati akan masalah "SAMPAH" yang dibuang oleh murid - murid memang semakin menjadi - jadi.
Apa nak jadi ni.. kan dah diajar bahawa buang sampah ke dalam tong sampah. Kenapa ini tidak diikuti oleh semua. Pening bila memikirkannya...
Ubahlah sikap anda.. dan amalkan.. perlakuan yang baik....
p/s : Jadikanlah sekolah SK Seksyen 7 sebuah sekolah yang bersih dan bukannya tempat pembuangan sampah...