Tanpa ku sedari,dua orang lelaki berbaju dan bertopeng hitam yang tidak ku kenali telah memecah masuk rumahku.Pada waktu itu,aku sedang asyik menonton televisyen.Ketika aku menoleh kekanan,aku ternampak bayangan dua orang lelaki berbaju dan bertopeng hitam sambil memegang sebilah pisau sedang menyorok di belakang dinding berdekatan dengan lokasiku.Aku cuma mendiamkan diri dalam keadaan cemas.Hatiku menyatakan yang mereka boleh menikamku bila-bila masa saja.
Dalam keadaan cemas,aku segera ke dapur lalu mengambil sebilah pisau untuk persediaan.Aku mengintai di sebalik dinding dapur,aku terlihat mereka sedang menyelongkar rumahku.Mereka memasukkan barang-barang berharga ke dalam sebuah beg plastik hitam yang agak besar. Antara barang-barang berharga yang mereka curi ialah laptop kepunyaan kakakku,dokumen-dokumen penting milik ayahku dan sebagainya.
Aku hanya melihat gelagat mereka yang sedang membelek-belek barang-barang berharga.Ketika salah seorang dari mereka berada didepanku,tanpa berfikir panjang aku terus menikam salah seorang dari mereka.Lelaki itu lalu rebah di atas lantai.Seorang lagi lelaki yang tidak terkena tikamanku terus mengejarku hingga ke bilikku di tingkat atas.Setibanya aku dibilik,aku terus menutup dan mengunci pintu.Lelaki itu mengugut yang dia akan membunuhku sekiranya aku tidak membuka pintu bilikku.
Aku tercari-cari telefon bimbitku untuk menghubungi ibu bapaku.Setelah aku menjumpai telefon bimbitku,aku terus menghidupkannya.Bateri telefon bimbitku sudah habis.Aku tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menangis dan terus menangis.
Tatkala aku sedang menangis,aku mendapat satu idea.Aku membuka tingkap bilikku lalu menjerit meminta tolong dari jiran sebelah.Aku menjerit sekuat hatiku mengejutkan jiran-jiran yang sedang tidur nyenyak.Jiran sebelah rumahku segera menghubungi ibu bapaku dan polis.Polis tiba beberapa minit kemudian dan mengepung rumahku.Lelaki tadi cemas lalu turun kebawah dan menyerah diri.
Rakannya yang cedera akibat tikamanku dihantar ke hospital berdekatan untuk dirawat.Ibuku bersyukur kerana aklu selamat.Aku dipuji oleh polis atas sikap beraniku.Aku berharap perkara ini tidak akan diulangi lagi.
tolong tulis karangan ini siapa tulis dapat pahala bulan puasa ni!Ini soalannya:Kamu dan rakan-rakan sedang berjalan ke sekolah,kamu terlihat seorang buta terjatuh ketika melintas jalan raya Ceritan tindakan kamu dan rakan-rakan untuk menolong orang buta tersebut PLEASE!!!!!
Soalan:Petang itu aku balik lewat dari sekolah.Sesampainya aku di rumah,aku terus tidur di kerusi.Tanpa kusedari ... Mulakan karangan kamu dengan " Tanpa kusedari..."