Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PENYAKIT GUNA KOMPUTER


PIBG

Status: Offline
Posts: 56
Date: Jul 26, 2008
RE: PENYAKIT GUNA KOMPUTER
Permalink   


dan penyakit yang selalu kene bagi pengguna komputer

Selalu kene periksa mata. Ko tengak aku dah dekat -600 punya kanta daaaaaaaaaaa

__________________
mamatjuge


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: Apr 11, 2007
Permalink   

PENYAKIT GUNA KOMPUTER
Untuk news kali ni, YUSRI mengulas skit pasal satu artikel kat Majalah PC. Kalau korang Kipas Susah Mati Majalah Pc, sure dah tahu pasal benda ni. Benda ni betul betul memeranjatkan dan mungkin akan memeranjatkan korang nanti.. Hehehe ... adakah korang layan pc 25 jam sehari? kalau betul, lebih besar la kemungkinan korang untuk mendapat satu penyakit ni. Penyakit ni dipanggil HIV IAD (Ketagihan Menggunakan Internet). Bila YUSRI baca artikel tu, agak terkezut gak. Maklumla diri sendiri pon dah terkena. Ntah ntah korang pon kene kot. Hehehe.. Okies kita mula dengan Jenis jenis ketagihan internet.


Menurut kajian Center of Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh diklisifikasikan kepada lima ketegori utama. Nak tahu ape ketegori tu? sila read more....


1. Ketagihan mendapatkan
maklumat - benda ni bergantung kepada seseorang individu yang mencari maklumat
di internet secara berlebihan. Sampai x ingat makan, minum, mandi, nengok tv dan
lain lain.


2. Ketagihan menggunakan
komputer - benda ni pula bergantung kepada seseorang individu yang banyak menghabiskan masanya depan komputer, Terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam bidang pengatucaraan dan juga yang kaki computer game tu. ahakss...


3. Ketagihan bahagian bahagian
tertentu dalam internet - Ia merujuk kepada invidu yang gemar berkenjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet misalnye website perjudian, website barangan lelong macam ebay tu, dan juga main game online.

4. Ketagihan hubungan Cyber -
Wow, ni special ni. ade yang ketagih main internet bila dah mula berkenalan dengan si Dia. Sehari kalau x online, diorang ni rasa hidup ni x
sempurna gitu. ahakss.. ketagihan ni biasanya menerusi YM, MSN, ICQ, MIRC dan
lain lain.

5. Ketagihan Seksual Cyber -
Ketagihan ni lagi la x guna. Ianya merujuk kepada individu yang online
berjam-jam di internet semata mata melayari lawan web pornography.. atau kalau ikut bahasa budak budak zaman skang ni, website blue !!! wow .. syok mmg syok.. tapi ingat, berdosa beb!!

Yang ni Plak
simptom-simpton bagi mereka yang mengalami ketagihan.
Khai agak terkejut kerana semua yang tersenarai kat bawah ni, semuanye YUSRI kena . kakakaka .... parah ni .. huhu...

1. Sentiasa memikirkan tentang
internet, berkhayal tentang ape yang berlaku di dunia cyber dan akan merasa rugi atau kecewa bila x menggunakan internet ni walaupun sehari. ermm, macam khai, time mandi pon leh teringat pasal ni. hehehe

2. Gelisah atau tidak tentu
arah sekiranya tidak menggunakan internet.. huhu.. YUSRI paling tension kalau balik kampung. coz kat sana x de internet.. memang x tentu arah dibuatnye!!. sktg mb dah ada. ok ler sikit.

3. Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya. Dalam kes ni, kalau nak tahu, pc YUSRI dah berapa minggu tak tutup. Hahaha ...

4.Yang terakhir, mengalami
gangguan psikomotor misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan keyboard atau tetikus ... Haha.. benda ni x yah cakap la .. mesti ramai kene kan? kalau hari hari korang menaip, pastu bila korang x menaip, sure jari jemari korang tu gerak sendiri.. hehe .. pelik wooo ...

Menurut Majalah PC tu, kesan
daripada ketagihan ni akan membawa kepada kemurungan dan suka menyendiri
disebabkan jarang bertemu dengan dunia luar. Untuk YUSRI memang betul sangatlah
tu, macam YUSRI skang ni, jangan harap la nak pergi kenduri khawin .. menyampah betul.. hehehe!! .. Ade juga disebutkan pasal kemerosotan pelajaran, rosak akhlak dan macam macam lagi. Benda x elok ni maybe jadi untuk mereka yang ketagih website blue tu.

So tu je la info yang nak share ngan korang. Tanye diri korang, adakah korang pon dah terkena simptom ni? kalau kena, kita geng la beb!!! Hehehe


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard