Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kriteria penentu antivirus pilihan


WEBMASTER

Status: Offline
Posts: 757
Date: May 27, 2007
Kriteria penentu antivirus pilihan
Permalink   


fokus1.JPG Selalunya sukar untuk menentukan antivirus yang boleh disifatkan sebagai yang terbaik. Ini disebabkan ada pelbagai cara berbeza untuk menilai kualitinya berdasarkan beberapa faktor. Kini, terdapat pelbagai jenama dan versi antivirus di pasaran. Sebahagiannya untuk kegunaan syarikat besar, sederhana dan manakala yang selebihnya untuk pengguna biasa. Apakah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada perisian antivirus yang bagus? Berikut ini disenaraikan faktor-faktor yang boleh dijadikan panduan semasa memilih antivirus yang sesuai.

fokus2.JPG 1. Mendapat pengiktirafan bolehkan antivirus mengesan seratus peratus ancaman, termasuk yang masih bebas untuk memberi perlindungan berkesan? Bagi memenuhi kriteria ini beberapa agensi bebas wujud untuk menilai kemampuan sesuatu produk. Contohnya, AV-Test.org membuat ujian menyeluruh yang melibatkan virus bebas dan virus dalam simpanan. Keputusan ujian agensi-agensi seperti AV-Test.org, VB100% Award, dan ICSA Certification boleh dijadikan sandaran semasa membuat pemilihan. Malah, pengiktirafan yang diterima itu turut mencerminkan pencapaian kualiti yang telah ditetapkan industri.

2. Fungsi tambahan sesetengah antivirus boleh melindungi aplikasi e-mel, mesej segera (IM), dan peer-to-peer (P2P). Jika anda masih menggunakan sistem lama, ciri tambahan ini mungkin tidak perlu atau pakej asas dengan sumber minimum mungkin lebih sesuai. Pakej lengkap selalunya menawarkan tahap perlindungan lebih baik. Ini meliputi perlindungan aplikasi e-mel (berasaskan klien atau web) pelbagai platform, P2P, IM dan mampu menghalang skrip. Ciri penyekat skrip contohnya boleh memantau skrip Java, VBS dan memantau aktiviti skrip seiras virus. Teknik proaktif ini tidak perlukan definisi virus.

3. Sumber minimum kebanyakan antivirus boleh beroperasi secara latar (ketika anda melakukan tugas lain), memantau trafik rangkaian (keluar-masuk) dan aktiviti e-mel untuk mengesan petanda kehadiran kod-kod jahat. Namun, aktiviti imbasan masa nyata (real-time) tidak sepatutnya menggunakan terlalu banyak memori sistem atau kuasa pemprosesan sehingga boleh menjejaskan fungsi sistem operasi (OS) untuk melakukan tugas penting. Sebaik-baiknya antivirus hanya menggunakan sedikit sumber, apabila ia melindungi sistem yang melaksanakan tugas berintensifkan sumber seperti berkongsi fail atau e-mel.

4. Kemaskini pantas kebanyakan antivirus menawarkan imbasan heuristic pengesanan proaktif yang berdasarkan sifat seperti virus sebelum jangkitan dikenalpasti contohnya menanda fail dengan penanda tertentu. Namun, kebanyakan antivirus akan mengesan dan menyekat virus berdasarkan paten yang dikenalinya. Timbul masalah jika vendor antivirus itu lewat mengeluarkan paten untuk mengesan virus baru. Jadi, pastikan vendor mempuyai rekod yang konsisten dalam memastikan fail kemaskininya cepat dikeluarkan tanpa mengabaikan mutunya. Pengkalan data virusnya mesti dikemaskini beterusan.

5. Kemaskini automatik biasanya antivirus akan menggunakan definisi virus terkini untuk menentukan samada sesebuah fail itu telah dicemari virus tertentu atau sebaliknya. Sesetengah antivirus dilengkapi fungsi yang mampu menyemak dan memasang kemaskini perisiannya secara automtik. Bagaimanapun, proses kemaskini antivirus dan definisi virusnya juga boleh dibuat secara manual (contohnya, jika tiada sambungan internet). Biasanya, apabila anda membeli sesebuah antivirus, pada tahun pertama definisi virus diberikan secara percuma. Selepas itu, anda diminta membayar untuk langganan secara tahunan.

6. Imbasan masa nyata - antivirus yang efektif pantas mengesan fail yang tercemar melalui imbasan masa nyata, boleh menjejak virus dari pintu masuk seperti aplikasi e-mel, IM, pelayar web dan sebagainya. Contohnya ia mengimbas setiap kali anda cuba mengakses fail. Ia mesti menggunakan cara yang boleh menyekat fail yang dicemari virus (sebelum ia mampu membahayakan). Antivirus berkesan juga boleh mengesan dan membasmi semua jenis virus dan program nakal seperti cecacing dan trojan. Sesetengah antivirus efektif juga mampu mengimbas virus yang ada dalam fail arkib dengan membukanya dahulu.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard