Terdapat lima komponen dalam kecergasan : 1. sosial 2. mental 3. fizikal 4. emosi 5. rohani.
Kecergasan sosial Seseorang itu dapat bergaul dengan masyarakat dan memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Komponen ini dapat mengeratkan masyarakat, mewujudkan perpaduan yang membawa keamanan dan kesejahteraan negara.
Kecergasan mental Keupayaan berfikir dan bertindak dengan rasional dan berhikmah. Seseorang yang mempunyai kecergasan mental yang baik akan dapat menyumbangkan tenaga dan fikiran kearah kebajikan masyarakat dan negara.
Kecergasan fizikal Terbahagi kepada dua aspek iaitu, berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
Aspek fizikal berasaskan kesihatan diri terdiri daripada : a) daya tahan kerdiovaskular b) kekuatan otot c) daya tahan otot d) regangan dan fleksibiliti e) komposisi tubuh badan
Aspek kecergasan fizikal pula berasaskan perlakuan motor terdiri daripada : a) kelajuan/kepantasan b) imbangan c) ketangkasan d) kuasa e) masa tindak balas f) koordinasi
Kecergasan emosi keperluan pembinaan asas kecergasan fizikal, sosial dan mental merupakan pengawalan emosi. Seseorang yang mempunyai kecergasan emosi yang stabil akan dapat mengawal diri dengan baik dan tidak bertindak mengikut perasaan.
Kecergasan rohani Merupakan keupyaan dalaman seperti beriman, sabar, ikhlas, rendah diri dan lain-lain. Komponen ini dapat melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, berperibadi mulia, berdisplin tinggi dan disegani.